Thursday 12 March 2015

Perlu ke saya beli breastpump? dan Bila?

Kepada ibu-ibu yang tengah preggy anak pertama especially..mesti akan tertanya-tanya

"Perlu ke beli Breastpump?"

Personally I will answer yes... Here are few reasons why/kenapa..

(1) Keperluan bukan kehendak - Puan-puan or adik-adik jangan risau samada anda banyak susu atau tidak. kerana pasti akan ada air susu dan anda harus YAKIN..Membeli breastpump bukanlah kehendak lagi pada zaman moden ni. Malah membeli breastpump merupakan "Keperluan".

(1) Kolustrum - Akan kluar dari awal kelahiran bayi. Amatlah rugi sekira nya anda tidak menyimpan stok susu tersebut dan memberikan kepada bayi anda.

(2) Stok susu - Boleh disimpan semasa dalam pantang dan anda tidak perlu risau akan kekurangan bekalan apabila menghantar anak ke pengasuh di kemudian hari.

(3) Bengkak Susu - Bengkak susu amatlah sakit. Kebanyakan ibu-ibu baru tidak tahu dan mula mencari2 breastpump bila bengkak susu. Fenomena ini berlaku apabila..susu banyak tapi tak keluar. Oleh itu, puan boleh mengepam susu seawal selepas kelahiran bayi bagi meransang pengeluaran susu dan meningkat penghasilannya. tetapi pemberian direct feeding amatlah digalakkan pada awal kelahiran. Cuma seelok-eloknya di selang-selikan terutamanya bagi ibu bekerjaya.

(4) Bayi kuning - Bekalan susu ibu amatlah penting untuk bayi yang lahir yang mengalami sakit kuning atau jaundis. Perkara ini tidak dapat dijangka tetapi sekiranya anda telah membeli breastpump sebelum kelahiran. Anda tidak perlu tercari-cari breastpump yang sesuai. Seelok-eloknya ibu-ibu melakukan sedikit reseach dan mengenal pasti jenis dan brand sebelum membeli breastpump.

(5) Penggunaan Breastpump dengan betul - Ibu-ibu boleh mula mencuci gajet breastpump sebelum penyusuan. Anda boleh belajar cara menggunakan breastpump dengan betul, cara simpanan dan mencairkan susu ibu. Terdapat banyak info penyusuan yang telah dikongsi bersama oleh ibu-ibu di luar sana. Boleh tanye Mr Google juga ;)


Tips banyakkan susu ibu:

(1) Jaga pemakanan anda - pastikan makan makanan berkhasiat (INGAT: Makanan anda adalah untuk bayi anda)
(2) Minum air dengan banyak untuk penghasilan susu
(3) Belajar power pumping atau Pump mengikut aturan yang betul (schedule). Ini memerlukan disiplin.


Sedikit tips dari saya.. Hope memberi manfaat untuk ibu-ibu di luar sana.

No comments:

Post a Comment